Salam Aidilfitri kepada seluruh penduduk Kg. Temong Hilir dan sekitarnya. Bagi menghargai jasa dan sokongan yang tidak putus-putus oleh para penduduk, pihak JKKK dan Jawatankuasa Masjid Asy-Syakirin Kg. Temong Hilir telah berbincang dan bersepakat untuk mengadakan Jamuan Aidilfitri bersama-sama penduduk kampung dan sekitarnya. Kami telah bersetuju untuk mengadakan majlis tersebut pada 7 Ogos 2015 (Jumaat) bersamaan 22 Syawal 1436H jam 3.00 petang. Semua penduduk kampung dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.
No comments:
Post a Comment