Monday 27 June 2016

KURSUS PEMBANGUNAN MODAL INSAN 2016

Anjuran : Kerajaan Negeri Perak
Tarikh : 14&15 Mei 2016 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak



Aktiviti:
1. Mendengar ceramah umum dan isu semasa dari penceramah jemputan.
2. Taklimat pengurusan dan pentadbiran organisasi JKKK.
3. Pengisian profil maklumat penduduk kampung.

Alhamdulillah...semua ahli JKKK turut serta dalam menjayakan kursus yang dianjurkan kerajaan negeri selama 2 hari. Input yang diterima sepanjang kursus dapat amat berguna untuk kami menjalankan tugas dengan teratur dan lancar. Terima kasih semua....

KURSUS MEMBUAT ROTI

TARIKH : 17 MAC 2016
MASA : 2.30 Petang - 5.30 Petang
TEMPAT : Dewan Orang Ramai Kg. Temong Hilir
TENAGA PENGAJAR : Pn. Raja Saadiah bt. Raja Shariff
(R&J Triples Resources)
Iklan Kursus Membuat Roti

Penyediaan bahan-bahan kursus

Pengajar kursus menunjuk cara adunan bahan-bahan membuat roti

Roti sedang dimasukkan ke dalam oven

Antara aneka jenis roti yang telah siap dimasak

Diakhir kursus setiap peserta menerima sijil penyertaan masing-masing

Para peserta yang menyertai kursus membuat roti

P/S: Alhamdulillah...selesai sudah program kemasyarakatan bersama penduduk kampung dan sekitarnya. Jutaan terima kasih kepada Tenaga Pengajar (Pn. Raja Saadiah), Biro Pendidikan & Inovasi dan Biro Wanita serta semua ahli JKKK yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kursus ini dengan jayanya.

Laporan oleh: Admin Biro TMK (En. Mohd Zaipol)





CARTA ORGANISASI JKKK KG. TEMONG HILIR 2016


Friday 18 March 2016

FAMILY DAY & JAMUAN AKHIR TAHUN 2015

 Family Day & Jamuan Akhir Tahun JKKK 2015

Tarikh: 25 Disember 2015

Tempat: Restoran Shabu Shabu, Ipoh

Bergambar di hadapan Restoran Shabu Shabu

Thursday 17 March 2016

GOTONG ROYONG KE-2 2015

Gotong Royong Kali Ke-2/2016

Tarikh: 25 Disember 2015

Tempat: Dewan Orang Ramai dan Tanah Perkuburan Kg. Temong Hilir

Wanita bergotong royong membersih dan membasuh
peralatan dewan. 

Kaum bersama-sama membersih persekitaran luar
dewan dan tanah perkuburan.

Wednesday 5 August 2015

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2015

Salam Aidilfitri kepada seluruh penduduk Kg. Temong Hilir dan sekitarnya. Bagi menghargai jasa dan sokongan yang tidak putus-putus oleh para penduduk, pihak JKKK dan Jawatankuasa Masjid Asy-Syakirin Kg. Temong Hilir telah berbincang dan bersepakat untuk mengadakan Jamuan Aidilfitri bersama-sama penduduk kampung dan sekitarnya. Kami telah bersetuju untuk mengadakan majlis tersebut pada 7 Ogos 2015 (Jumaat) bersamaan 22 Syawal 1436H jam 3.00 petang. Semua penduduk kampung dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.